fb fb fb fb fb

Mangsa banjir di Pakistan pohon bantuan segera

Seorang penduduk Pakistan melihat kawasan yang musnah akibat bencana banjir dan tanah runtuh di wilayah Khyber Pakhtunkhwa/Foto Reuters

KHYBER PAKHTUNKHWA, 18 Ogos - Mangsa banjir di utara Pakistan memohon agar mereka diberi bantuan dengan kadar segera.

Ia susulan kawasan yang terjejas teruk telah diisytiharkan darurat oleh pihak berkuasa.

Bencana yang mengorbankan sekurang-kurangnya 314, dengan 156 lagi cedera tercetus akibat hujan lebat paling buruk dalam msim tengkujuh tahun ini.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah bagaimanapun telah mengerahkan pasukan tentera untuk menyampaikan bantuan dan melaksanakan operasi mencari dan menyelamat.

ASHRIQ FAHMY AHMAD