fb fb fb fb fb

Von der Leyen tegaskan pendirian Eropah mengenai perjanjian damai Ukraine-Rusia

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen / Foto AFP

BRUSSELS, 17 Ogos – Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen menegaskan tidak wajar dikenakan sebarang had terhadap angkatan tentera Ukraine atau bantuan luar yang diterimanya.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar bersama Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, yang membincangkan pendirian Eropah berhubung kemungkinan perjanjian damai masa depan antara Rusia dan Ukraine.

Dalam pada itu, Von der Leyen turut mengumumkan bahawa Kesatuan Eropah sedang mempersiapkan pakej sekatan ke-19 terhadap Rusia, yang dijangka diumumkan pada awal September.

Sementara itu, para pemimpin Eropah dijangka menyertai Zelenskiy dalam sidang kemuncak di Washington pada Isnin (18 Ogos) bagi membincangkan rancangan damai antara Ukraine dan Rusia.

“Adalah penting bahawa Washington bersama kita,” kata Zelenskiy. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN