fb fb fb fb fb

Warga India serbu kawasan tanah tinggi, elak pencemaran udara di bandar

Rumah ibadat di kawasan tanah tinggi jadi tumpuan lawatan warga India.-Foto Reuters

NEW DELHI, 22 Disember - Kawasan pelancongan di utara India diserbu warga tempatan yang tinggal di bandar.

Mereka dilaporkan lari dari masalah pencemaran udara yang melanda bandar-bandar besar ketika ini.

Menurut pihak berkuasa, musim sejuk di India menyebabkan kawasan bandar sering diliputi jerebu.

Fenomena berkenaan terjadi susulan udara sejuk dan padat memerangkap pelepasan gas karbon yang dikeluarkan kenderaan, tapak pembinaan dan amalan pembakaran kawasan pertanian.

Lembaga Kawalan Pencemaran Pusat mendedahkan, Indeks Kualiti Udara di New Delhi kini direkodkan pada 377.

Bacaan berkenaan hanya sedikit di bawah kategori 'teruk' menyebabkan penduduk tempatan berisiko mendapat penyakit pernafasan.

Pihak berkuasa melancarkan langkah-langkah ketat dalam usaha untuk membendung pencemaran.

Termasuk, larangan ke atas kenderaan yang tidak mematuhi norma kawalan pelepasan terkini dan mengawal kehadiran di pejabat swasta dan kerajaan.

ASHRIQ FAHMY AHMAD