WASHINGTON, 22 Disember - Rundingan damai antara pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS) dengan Ukraine sejak tiga hari lalu di Florida dilihat membuahkan hasil.
Utusan khas AS, Steve Witkoff memaklumkan, Ukraine kekal komited sepenuhnya untuk mencapai keamanan yang adil dan mampan.
"Keutamaan bersama kami adalah untuk menghentikan pembunuhan, memastikan keselamatan yang terjamin, dan mewujudkan keadaan untuk pemulihan, kestabilan, dan kemakmuran jangka panjang Ukraine.
"Keamanan bukan sahaja mesti menjadi penghentian permusuhan, tetapi juga asas yang bermaruah untuk masa depan yang stabil," jelasnya.
Presiden AS, Donald Trump dalam pada itu menekankan Ukraine dan Rusia perlu mencapai persetujuan untuk menamatkan konflik hampir empat tahun itu secepat mungkin.
Rusia bersetuju namun mahu kekal menguasai wilayah Ukraine yang telah ditawan, Kyiv bagaimanapun tidka bersetuju dengan keputusan Mocsow tersebut.Witkoff dalam pada itu menambah, fokus ketika ini adalah pendekatan strategik bersama antara Ukraine, Amerika Syarikat dan Eropah.
Jelas beliau lagi, mesyuarat AS-Ukraine memberi tumpuan kepada empat perkara utama iaitu, pembangunan selanjutnya pelan 20 perkara.
Ia itu, rangka kerja jaminan keselamatan pelbagai hala, rangka kerja jaminan keselamatan AS untuk Ukraine dan pembangunan, selanjutnya mengenai ekonomi serta kemakmuran untuk membina semula Kyiv.
Pegawai AS, Ukraine dan Eropah awal minggu ini melaporkan kemajuan mengenai jaminan keselamatan untuk Kyiv sebagai sebahagian daripada rundingan untuk menamatkan perang, tetapi masih belum jelas sama ada syarat-syarat tersebut akan diterima oleh Moscow.-Reuters