fb fb fb fb fb

Wanita tawar gaji bulanan jika sudi jadi suami

(Video seorang wanita Nigeria merayu mencari seorang suami tular di media sosial/FOTO Tular)

PARIS, 10 Mac - Seorang wanita Nigeria berpangkalan di Perancis akan menawarkan gaji bulanan kepada lelaki yang sudi menjadi suaminya.

Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, wanita itu membuat pengumuman melalui akaun Twitter sehingga mendapat perhatian warga maya.

Wanita itu mendedahkan dia memerlukan seorang lelaki untuk tinggal bersama atas faktor usia yang tidak menyebelahinya.

Selain itu, dia mengakui mempunyai dua buah rumah penginapan di Awada, sebuah rumah di Lagos dan beberapa hartanah di Perancis.

Katanya, wang bukan menjadi masalah untuk dirinya dan sanggup membayar gaji bulan buat mana-mana lelaki yang sudi menjadikannya seorang isteri.

Wanita Nigeria itu turut mengumumkan bahawa tidak perlu malu untuk mencari seorang lelaki di depan umum.

Dalam video yang tular itu, dia berlutut dan merayu agar ada lelaki menghantar mesej terus dan menyatakan niat mereka sekiranya tertarik kepadanya.

Media Baharu