fb fb fb fb fb

Peluru hidup ditemui di dalam pesawat Korean Air

SEOUL, 11 Mac - Seramai 230 orang penumpang pesawat Korean Air Lines Co Ltd dipindahkan pada pagi Jumaat selepas menemui dua peluru hidup sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheo, Korea Selatan, menurut polis.

Pada asalnya pesawat ke Manila itu dijadualkan berlepas pada 7.45 pagi waktu tempatan, terpaksa berlepas lewat dari Incheon kira 11 pagi, selepas pemeriksaan keselamatan mendapati tiada risiko keganasan. 

Peluru 9 milimeter itu ditemui seorang penumpang sejurus sebelum pesawat itu berlepas bersama 218 penumpang dan 12 anak kapal, menyebabkan ia perlu kembali semula ke terminal. 

"Kami sedang meneliti bagaimana peluru tersebut boleh dibawa masuk ke dalam pesawat," kata seorang pegawai polis.

Seorang pegawai Korean Air berkata syarikat penerbangan itu sedang memantau hasil siasatan polis.

Korea Selatan mempunyai undang-undang senjata api yang ketat sekiranya memiliki senjata api secara haram yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda sehingga AS$75,300 (kira-kira RM340,000) - REUTERS

Media Baharu