fb fb fb fb fb

Penggubal undang-undang AS menyahklasifikasikan maklumat asal usul COVID-19

WASHINGTON, 11 Mac- Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) sebulat suara mengundi untuk menyahklasifikasi maklumat mengenai hubungan antara wabak COVID-19 dan makmal China yang disyaki membocorkan virus maut itu.

Senat telah pun mengundi minggu lalu untuk meminta Pengarah Perisikan Kebangsaan Avril Haines menyahklasifikasi bahan itu, bermakna Rang Undang-Undang (RUU) itu kini dibawa ke White House untuk ditandatangani Presiden Joe Biden.

Wabak COVID-19 bermula pada 2019 di bandar Wuhan timur China yang membawa kepada hampir 7 juta kematian di seluruh dunia, setakat ini.

Menurut kiraan rasmi, lebih sejuta kematian di AS.

Bagaimanapun, pegawai kesihatan dan komuniti perisikan AS tetap berbelah bahagi sama ada ia disebarkan kepada manusia melalui haiwan yang dijangkiti atau sebaliknya.

Jabatan Tenaga AS membuat kesimpulan bahawa virus itu mungkin merebak melalui kebocoran di makmal.

Robert Redfield, bekas pengarah Pusat Kawalan dan Perlindungan Penyakit, berhujah untuk teori kebocoran makmal di hadapan senator pada hari Rabu, manakala Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan dan Institut Kesihatan Nasional mengenal pasti haiwan yang dijangkiti sebagai penyebabnya.

(FOTO REUTERS)

Dalam usaha berasingan, House Republicans memperkenalkan semula undang-undang pada hari Jumaat yang membenarkan warga AS untuk menyaman China yang menolak teori kebocoran makmal berhubung wabak itu.

"Kami harus mengetahui kebenaran tentang apa yang berlaku dan siapa yang terlibat dalam penipuan ini untuk memberi keadilan kepada mereka yang sangat menderita akibat COVID-19," kata Ahli Kongres New Jersey Chris Smith. -AFP

Media Baharu