fb fb fb fb fb

Nahas helikopter tentera udara Sri Lanka, korbankan enam individu

Ambulans yang membawa mangsa nahas helikopter di Sri Lanka / AFP

POLONNARUWA, 9 Mei- Sekurang-kurangnya enam anggota tentera terkorban dalam nahas helikopter di Sri Lanka.

Perkara itu disahkan seorang pegawai Tentera Udara.

Menurut beliau, helikopter jenis Bell 212 telah terhempas ke takungan Maduru Oya.

Ketika kejadian, 12 anggota berada di dalam helikopter malang tersebut.

Jurucakap Tentera Udara Sri Lanka, Eranda Geeganage berkata enam mangsa maut ketika dikejarkan ke hospital.

Punca nahas, tidak didedahkan.

Terdahulu dilaporkan insiden berlaku semasa demonstrasi yang diadakan bersempena majlis tamat latihan Tentera Udara Sri Lanka.

"Panglima Tentera Udara telah menubuhkan Jawatankuasa Khas yang terdiri daripada sembilan anggota untuk menjalankan siasatan secara terperinci," kata tentera dalam satu kenyataan. -REUTERS

MOHAMAD KHAIRIE KHALID