fb fb fb fb fb

Trump: Naib presiden Venezuela sedia bekerjasama dengan AS

Naib Presiden Venezuela, Delcy Rodriguez/Foto AFP

PALM BEACH, AMERIKA SYARIKAT, 4 Januari - Amerika Syarikat (AS) memberi isyarat membuka lembaran baharu hubungan dengan Venezuela apabila Presiden Donald Trump memaklumkan Naib Presiden Venezuela, Delcy Rodriguez, bersedia bekerjasama dengan Washington.

Menurut Trump, perkara itu disampaikan selepas Setiausaha Negara Marco Rubio melakukan perbualan langsung dengan Rodriguez, tidak lama selepas penahanan Presiden Nicolas Maduro untuk dibicarakan di New York.

Trump berkata kesediaan itu membuka ruang kepada peralihan kuasa yang lebih stabil di Venezuela.

Trump menegaskan Amerika Syarikat akan melakukan apa yang perlu demi menjamin keselamatan dan kepentingan serantau.

Dalam nada tegas, beliau turut menyatakan Washington tidak menolak kemungkinan penempatan tentera darat sekiranya keadaan memerlukan - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN