fb fb fb fb fb

9 maut bangunan runtuh di bandar Fez, Maghribi

FOTO AFP

RABAT, 9 Mei- Sembilan orang disahkan maut manakala tujuh lagi cedera selepas sebuah bangunan kediaman yang telah diisytiharkan tidak selamat runtuh di bandar Fez, utara Maghribi, lewat malam tadi.

Menurut pihak berkuasa tempatan, beberapa mangsa yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan serius selepas bangunan bertingkat itu yang terletak di kawasan Al-Hassani tiba-tiba roboh.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan kemungkinan mangsa lain yang terperangkap.

Sebagai langkah berjaga-jaga, rumah-rumah berhampiran telah dikosongkan.

Menurut kenyataan pihak berkuasa, bangunan berkenaan telah pun disenaraikan sebagai berisiko runtuh dan penghuni telah menerima arahan untuk mengosongkannya lebih awal.

Untuk rekod, kejadian seumpama ini pernah berlaku pada Februari tahun lalu apabila lima mangsa terkorban dalam insiden bangunan runtuh di kawasan bandar lama Fez.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE