fb fb fb fb fb

Kes campak di AS cecah lebih 1,000

Foto-AFP

WASHINGTON, 10 Mei - Wabak campak di Amerika Syarikat mencatatkan lebih 1,000 kes dengan tiga kematian setakat ini.

Sumber data menunjukkan lebih 70 peratus kes berasal dari Texas.

Manakala komuniti Mennonite di sempadan Texas-New Mexico turut terjejas teruk.

Menurut agensi AFP, vaksin MMR yang sangat berkesan kini dipertikai oleh beberapa pihak, menyebabkan ramai orang menolak vaksinasi.

Wabak itu juga menyebabkan lebih 180 pelajar di Dakota Utara dikuarantin.

Pakar vaksin, Dr. Paul Offit, memberi amaran, campak adalah virus yang sangat mudah berjangkit.

Tiga kematian melibatkan individu yang tidak divaksinasi, menjadikan ia salah satu wabak paling maut di Amerika dalam beberapa dekad.-AFP

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN