fb fb fb fb fb

Jong Un arah tentera pertingkat latihan peperangan

(Latihan peperangan di lokasi yang tidak didedahkan di Korea Utara/FOTO REUTERS)

SEOUL, 10 Mac - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mengarahkan pasukan tentera meningkatkan latihan perang sebagai persediaan bagi peperangan sebenar.

Arahan dibuat selepas beliau mengawasi latihan serangan yang dikatakan berjaya membuktikan keupayaan republik itu menghadapi peperangan sebenar.

Sementara itu, tentera Korea Utara mengakui melancarkan peluru berpandu balistik jarak dekat di luar pantai barat republik itu semalam.

Gambar disiarkan KCNA Utara menunjukkan sekurang-kurangnya enam peluru berpandu dibedil pada masa sama.

Pelancaran peluru berpandu terbaharu itu dibuat ketika Amerika Syarikat dan Korea Selatan bersedia untuk memulakan latihan ketenteraan berskala besar, dikenali sebagai Freedom Shield, minggu depan.

Adik perempuan Jong Un, Kim Yo Jong awal minggu ini, berkata sebarang tindakan untuk menembak jatuh salah satu peluru berpandu ujiannya akan dianggap sebagai pengisytiharan perang.

Komando Indo-Pasifik Amerika pula berkata, pelancaran terbaru itu tidak menimbulkan ancaman kepada Amerika atau sekutunya. - REUTERS

(Kim Jong Un menghadiri mesyuarat Pleno ke-7 yang Diperbesarkan Jawatankuasa Pusat Ke-8 Parti Pekerja Korea (WPK) di Pyongyang/FOTO REUTERS)

Media Baharu