MUMBAI, 3 Mac- Tiga lelaki ditahan selepas rogol beramai-ramai ke atas seorang pelancong Sepanyol yang dalam perjalanan motosikal melalui kawasan terpencil di timur India bersama suaminya.
Serangan berlaku ketika pasangan terbabit berhenti untuk berkhemah di daerah Dumka, timur negeri Jharkhand pada Jumaat lalu.
Pegawai polis, Pitamber Singh Kherwar berkata, wanita itu dikejarkan ke hospital oleh van peronda polis sekitar pukul 11.00 malam.
Sehubungan itu, tiga suspek ditahan semalam dan polis sedang memburu beberapa suspek lagi.
Ketika ini, mangsa sedang dirawat di sebuah hospital di Dumka.
Menurut data oleh Biro Rekod Jenayah Kebangsaan, India mencatatkan purata 90 kes rogol setiap hari pada tahun 2022. -AFP