fb fb fb fb fb

Lelaki elak rusa, terjunam ke cerun bukit di California

FOTO REUTERS

CALIFORNIA, 3 Mac- Seorang lelaki yang hilang selama dua hari ditemukan selamat di cerun bukit selepas terlibat kemalangan di sini, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Dia berjaya diselamatkan dari tebing Big Sur di sini pada 27 Februari lalu selepas keretanya berguling kira-kira 122 meter (m) menuruni kawasan curam berkenaan.

Selepas dua hari, kelibat mangsa yang mengibarkan bendera akhirnya disedari oleh helikopter peronda yang melakukan pencarian.

Mangsa kemudian dibawa ke tempat selamat melalui helikopter berkenaan dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Difahamkan, kemalangan berlaku selepas mangsa mengelak beberapa ekor rusa hingga menyebabkan keretanya hilang kawalan dan terjunam ke tebing bukit dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam pada 25 Februari lalu. -Reuters

0303 BD KEMALANGAN CALIFORNIA 2
FOTO REUTERS

SITI AISHAH MD ISA