fb fb fb fb fb

Pembunuhan beramai-ramai di Gaza cecah 30,000 orang

FOTO AFP

PALESTIN, 3 Mac- Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan angka kematian akibat serangan Israel ke atas wilayah itu adalah seramai 30,320 orang.

Data terbaharu tersebut dikeluarkan pihak berkenaan semalam.

Ia turut menyebut bahawa sekurang-kurangnya 92 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Sementara itu, kira-kira 71,533 orang cedera di Gaza sejak perang meletus pada 7 Oktober lalu. -AFP

SITI AISHAH MD ISA