fb fb fb fb fb

Ratusan berhimpun di Senegal tuntut pilihan raya dipercepatkan

FOTO AFP

DAKAR, 3 Mac- Ratusan orang berhimpun di ibu negara Senegal, Dakar bagi menggesa pilihan raya presiden diadakan sebelum 2 April ini iaitu tarikh penggal Presiden, Macky Sall dijangka berakhir.

Orang ramai menjerit "Diktator Macky Sall" dan "Free Sonko" dalam berhimpunan semalam.

Ia menyaksikan petunjuk perasaan mengibarkan bendera Senegal dan membawa potret pemimpin pembangkang Ousmane Sonko yang dipenjarakan sejak Julai lalu kerana menghasut pemberontakan, sekali gus dilarang bertanding dalam pilihan raya presiden.

Negara Afrika Barat itu berada dalam krisis politik pada 3 Februari apabila Sall menangguhkan pilihan raya presiden yang dirancang pada 25 Februari depan.

Tindakan Sall dikecam sebagai rampasan kuasa perlembagaan oleh pembangkang hingga mencetuskan bantahan besar yang mengakibatkan empat kematian. -AFP

SITI AISHAH MD ISA