fb fb fb fb fb

Wanita, kanak-kanak mangsa terbesar serangan Israel di utara Lubnan

Foto REUTERS

GENEVA, 15 Oktober - Sebahagian besar daripada 22 mangsa serangan udara Israel ke atas sebuah bangunan di utara Lubnan terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Jurucakap Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Jeremy Laurance berkata berdasarkan laporan yang diterima, serangan itu mengorbankan 12 wanita dan dua kanak-kanak.

"Kami difahamkan bangunan yang dibedil adalah kediaman empat tingkat," katanya dalam taklimat media ketika menjawab soalan mengenai serangan di Aitou, semalam.

Beliau turut menggesa agar siasatan dijalankan berhubung kejadian itu.

Dalam taklimat media yang sama, Pengarah Agensi Pelarian PBB bagi Asia Barat, Rema Jamous Imseis berkata lebih satu perempat daripada negara itu kini terjejas susulan arahan pemindahan terbaharu yang dikeluarkan rejim zionis terhadap penduduk di 20 buah kampung di selatan Lubnan.

"Kini lebih 25 peratus kawasan di Lubnan berada bawah arahan pemindahan tentera Israel secara langsung.

"Orang ramai mematuhi seruan agar berpindah dan mereka melarikan diri hampir sehelai sepinggang," katanya. -REUTERS

Trainee2