fb fb fb fb fb

153 pesawat tentera China dikesan di ruang udara Taiwan

Foto REUTERS

TAIPEI, 15 Oktober- Taiwan mengesan 153 pesawat tentera China memasuki ruang udara negara itu dalam tempoh 25 jam.

Kementerian Pertahanan menerusi kenyataan berkata ia merupakan jumlah tertinggi direkodkan dalam tempoh sehari, sehingga 6.00 pagi tadi.

Kementerian itu berkata 111 daripadanya dikesan melintasi kawasan sempadan negara yang sensitif. Selain itu, turut dikesan, kehadiran 14 kapal tentera laut.

Semalam, China mengadakan latihan ketenteraan berskala besar di kawasan berhampiran. China berkata latihan itu, yang digelar Joint Sword 2024B, diadakan di kawasan di utara, selatan dan timur Taiwan. Latihan itu adalah amaran keras kepada tindakan pemisah pasukan kemerdekaan Taiwan.

Manakala, Taiwan bertindak balas dengan menghantar pasukan yang sesuai, sebagai langkah berjaga-jaga.

Taiwan mengecam tindakan China sebagai tidak rasional dan provokasi serta Amerika Syarikat menyifatkannya sebagai tidak wajar.

Sementara itu, Kementerian Luar Taiwan menggesa China tidak menimbulkan sebarang masalah tanpa sebab yang menjejaskan keamanan dan kestabilan.-AFP

ROSLINA BINTI DIN