fb fb fb fb fb

Wanita ditahan selepas menembak mati suami yang sakit tenat

(Foto Reuters)

DAYTONA BEACH, 22 Januari- Seorang wanita ditahan selepas menembak mati suaminya yang sakit tenat di hospital AdventHealth Daytona Beach, Florida, pada pagi Sabtu.

Polis percaya wanita berusia 76 tahun dan suaminya, 77, telah merancang kejadian itu bersama-sama selama berminggu-minggu.

Menurut laporan media tempatan, wanita tersebut juga merancang untuk membunuh diri, bagaimanapun memutuskan tidak melakukannya.

Susulan kejadian, pihak berkuasa memindahkan kakitangan dan pesakit dari beberapa bilik berhampiran dengan lokasi tembakan.-REUTERS

(Papan tanda di luar kawasan hospital/Foto Reuters)

Media Baharu