fb fb fb fb fb

COVID-19: China lapor hampir 13,000 kematian baharu

BEIJING, 22 Januari- China melaporkan hampir 13,000 kematian berkaitan COVID-19 di hospital antara 13 hingga 19 Januari lalu.

Menurut jurucakap kesihatan Beijing, sebahagian besar penduduk telah dijangkiti virus itu.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China berkata 681 pesakit yang dimasukkan ke hospital telah meninggal dunia akibat kegagalan pernafasan yang disebabkan oleh jangkitan COVID-19.

"Seramai 11,977 lagi meninggal dunia akibat penyakit lain yang dikaitkan dengan COVID-19 sepanjang tempoh tersebut. Angka itu tidak termasuk mereka yang meninggal dunia akibat virus di rumah," katanya menerusi kenyataan.

Sesetengah pakar kesihatan menjangkakan lebih sejuta orang akan mati akibat penyakit itu di China tahun ini, dengan firma data kesihatan yang berpangkalan di Britain Airfinity meramalkan kematian COVID-19 boleh mencecah 36,000 sehari minggu ini. - AFP


(Foto AFP)

Media Baharu