fb fb fb fb fb

Empat maut, empat kritikal pangsapuri terbakar di Jepun

TOKYO,22 Januari- Empat lelaki maut manakala empat lagi kritikal dalam kebakaran di sebuah pangsapuri di Kobe, Jepun.

Menurut pegawai bomba Kobe, Masatoshi Sumitani, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 1.30 pagi waktu tempatan.

"Pihak bomba menemukan empat mayat. Empat lelaki lain berumur antara 40-an dan 70-an dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya.

Media tempatan berkata kebanyakan penghuni bangunan itu adalah lelaki warga emas.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - AFP


(Foto Hiasan)

Media Baharu