fb fb fb fb fb

Chris Hipkins sah PM New Zealand baharu

WELLINGTON, 22 Januari- Parti Buruh New Zealand mengesahkan Chris Hipkins pemimpin baharu parti itu sekali gus menjadi Perdana Menteri ke-41 New Zealand.

Mesyuarat kaukus Parti Buruh New Zealand pada Ahad mengundi Chris Hipkins sebagai ketua baharu parti.

Beliau menjadi calon tunggal menggantikan Jacinda Ardern yang mengumumkan peletakan jawatannya pada Khamis lalu.

Hipkins berkata beliau akan mengangkat sumpah secara rasmi sebagai perdana menteri pada Rabu depan, diikuti rombakan kabinet pada minggu seterusnya.

"Saya berikrar menumpukan kepada isu domestik termasuk berkaitan inflasi, harga perumahan dan undang-undang selain mungkin merancang untuk melawat China," katanya ketika ditemui pemberita di sini. 

Terdahulu, Ardern melepaskan jawatan Perdana Menteri selepas tidak lagi mempunyai kekuatan memegang jawatan itu.

Ardern dilantik sebagai perdana menteri ketika berusia 37 tahun pada 2017.

Beliau antara ketua negara wanita termuda di dunia menjadi Perdana Menteri.- AFP


(Foto AFP)

Media Baharu