fb fb fb fb fb

Warga emas mati ditembak isteri

FLORIDA, 22 Januari - Polis menahan seorang wanita warga emas selepas menembak mati suaminya yang sedang sakit tenat pada Sabtu.

Kejadian berlaku di Hospital AdventHealth, Florida.

Menurut media tempatan, polis percaya wanita berusia 76 tahun dan suaminya, 77 tahun telah merancang kejadian itu bersama selama berminggu-minggu.

Polis juga berkata wanita itu telah merancang membunuh dirinya sendiri, tetapi memutuskan untuk tidak melakukannya.

Susulan insiden berkenaan, pesakit yang berada berdekatan dengan bilik warga emas itu ditukarkan ke bilik lain.- REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu