fb fb fb fb fb

Hentikan pembalakan haram, Ibama serbu hutan Amazon

PLACAS, 22 Januari- Ejen alam sekitar Brazil, Ibama memasuki hutan hujan Amazon untuk mencari syarikat pembalakan haram yang memusnahkan tumbuhan-tumbuhan unik negara itu.

Mereka membuat serbuan di negeri Para bagi menghentikan pembalak dan penternak haram.

Menurut koordinator Ibama, Tatiane Leite, agensi itu juga melakukan serbuan di negeri Roraima dan Acre.

"Puluhan ejen Ibama bersama pasukan polis berjaya merampas sebuah syarikat pembalakan haram di negeri Para. Serbuan dilakukan bawah pentadbiran Presiden Luiz Inacio Lula da Silva.
Lula berikrar menamatkan kemusnahan yang meningkat oleh presiden terdahulu, Jair Bolsonaro," katanya kepada pemberita di sini.

Kerajaan pimpinan Bolsonaro mengurangkan kakitangan dan pembiayaan untuk penguatkuasaan alam sekitar oleh Ibama.

Bolsonaro juga memberikan kuasa kepada tentera dan Kementerian Keadilan ke atas operasi membanteras penebangan hutan, sekali gus mengenepikan pengalaman luas dan kejayaan Ibama

Dalam kempen Lula tahun lalu, beliau berjanji untuk mengembalikan kuasa Ibama dalam memerangi penebangan hutan dengan pembiayaan dan kakitangan yang ditingkatkan. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu