fb fb fb fb fb

Penunjuk perasaan kutuk Trump, pusat tahanan migran 'Alligator Alcatraz' di Miami

Foto Reuters

MIAMI, 5 Julai- Sekumpulan penduduk Florida berhimpun di monumen Torch of Friendship di Miami pada Jumaat bagi membantah tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump serta kewujudan pusat tahanan migran terpencil yang digelar “Alligator Alcatraz”.

Tunjuk perasaan itu berlangsung dalam hujan, dengan penunjuk perasaan membawa pelbagai sepanduk, tertera mesej keras seperti “Stop this Nazi shit” dan “Remove Trump”.

Reuters mengesahkan lokasi perhimpunan tersebut berdasarkan reka bentuk dan kedudukan bangunan yang sepadan dengan imej fail serta imejan satelit.

Tarikh perhimpunan turut disahkan melalui maklumat asal yang diperoleh daripada sumber rakaman.

Protes tersebut tercetus susulan lawatan Trump pada Selasa (1 Julai) ke pusat tahanan migran di kawasan paya Florida Everglades, lokasi yang menerima jolokan “Alligator Alcatraz”.

Situasi itu mencetuskan ketegangan ketika sekutu Republikan beliau sedang mengemukakan rang undang-undang perbelanjaan besar-besaran, yang dijangka mempertingkatkan kadar pengusiran.

Pusat tahanan tersebut terletak kira-kira 60 kilometer dari bandar Miami, di tengah kawasan lembah subtropika luas yang dihuni aligator, buaya dan ular sawa, naratif yang dimanipulasi White House dalam menunjukkan ketegasan pentadbiran Trump dalam membanteras kehadiran migran.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM