fb fb fb fb fb

Bakar Al-Quran, protes diadakan di Turkiye

ISTANBUL, 22 Januari- Penunjuk perasaan berkumpul di hadapan konsulat Sweden di sini.

Mereka membakar bendera Sweden sebagai tanda protes terhadap insiden membakar Al-Quran oleh seorang pemimpin di Sweden.

Polis mengambil tindakan keselamatan di sekeliling bangunan konsulat.

Mereka menghalang tindakan penunjuk perasaan yang cuba merosakkan pintu masuk ke bangunan tersebut.

Dalam satu lagi protes di Ankara, mereka berkumpul di hadapan kedutaan Sweden.

Satu kalungan hitam diletakkan di hadapan bangunan kedutaan dengan tulisan "Say Stop To Islamophobia".

Protes di Stockholm pada Sabtu menentang usaha Turkiye dan Sweden untuk menyertai NATO, termasuk membakar salinan Al-Quran, meningkatkan ketegangan dengan Turkiye pada masa Sweden memerlukan sokongan Ankara untuk menyertai pakatan tentera tersebut. - REUTERS


(Foto AFP)

Media Baharu