fb fb fb fb fb

Penerbangan Air India terima ancaman bom, mendarat cemas di Phuket

Pesawat Air India melakukan pendaratan cemas di Phuket selepas terima ancaman bom - Reuters

BANGKOK, 13 Jun – Sebuah penerbangan Air India dari Phuket, Thailand ke ibu negara India, New Delhi, terpaksa melakukan pendaratan cemas di pulau peranginan itu susulan menerima ancaman bom di dalam pesawat.

Pihak berkuasa lapangan terbang memaklumkan, kesemua 156 penumpang dalam pesawat AI 379 itu telah diiring keluar dari pesawat mengikut prosedur kecemasan.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Phuket pada jam 9.30 pagi waktu tempatan menuju ke New Delhi.

 

Kesemua 156 penumpang dalam pesawat AI 379 itu telah diiring keluar dari pesawat mengikut prosedur kecemasan. - Reuters

Berdasarkan laman penjejak penerbangan Flightradar24, pesawat berkenaan berpusing di sekitar Laut Andaman sebelum berpatah balik dan mendarat semula di pulau selatan Thailand itu.

Insiden ini berlaku sehari selepas sebuah pesawat Air India terhempas di Ahmedabad sejurus selepas berlepas, mengorbankan lebih 240 nyawa.

Pihak berkuasa Lapangan Terbang Thailand bagaimanapun belum memberi butiran lanjut mengenai ancaman bom tersebut, dan Air India juga belum memberikan sebarang maklum balas.

 

Tahun lalu, syarikat penerbangan dan lapangan terbang di India terima hampir 1,000 ancaman bom palsu - Reuters

Tahun lalu, syarikat penerbangan dan lapangan terbang di India menerima banyak ancaman bom palsu, dengan hampir 1,000 panggilan dan mesej palsu diterima dalam tempoh 10 bulan pertama.

Ia hampir 10 kali ganda berbanding tahun 2023. - REUTERS

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK