fb fb fb fb fb

Rangkaian pengangkutan China catat lebih 560 juta penumpang sempena Festival Musim Bunga

CHINA, 22 Januari- Sistem pengangkutan China telah mengendalikan 568.34 juta perjalanan penumpang sempena Festival Musim Bunga setakat Jumaat lalu.

Ia merupakan peningkatan sebanyak 47.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Jumlah itu direkodkan merangkumi perjalanan menggunakan kereta api dan lebuh raya selain pengangkutan udara serta air.

(Lapangan terbang di China dipenuhi dengan pengembara sempena Festival Musim Bunga / Foto REUTERS)

Rangkaian kereta api China dianggar mengendalikan sejumlah 4.7 juta perjalanan penumpang.

Perjalanan sempena Festival Musim Bunga China menyaksikan berjuta-juta orang menggunakan rangkaian pengangkutan selama 40 hari bermula 7 Januari lalu.-REUTERS

Media Baharu