fb fb fb fb fb

Harimau ancam nyawa penduduk, haiwan peliharaan

JOHANNESBURG, 22 Januari- Pihak berkuasa Afrika Selatan membunuh seekor harimau selepas haiwan itu melarikan diri dari kandang sebuah rumah.

Harimau bengal bernama Sheba itu membunuh dua ekor anjing, seekor khinzir dan seekor rusa.

Haiwan berusia lapan tahun itu turut mencederakan seorang lelaki berusia 39 tahun sebelum penduduk tempatan berjaya menghalaunya menggunakan obor.

Menurut polis, Gresham Mandy, mereka mengambil masa beberapa hari untuk menjejaki haiwan tersebut.

"Haiwan ganas itu dikesan pada awal pagi Rabu ketika dia merayau-rayau berhampiran sebuah rumah. Kami mengambil keputusan membunuh haiwan itu selepas dia memberi ancaman kepada penduduk dan haiwan peliharaan," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Aktivis Hak Haiwan, Dr Louise De Waal berkata kematian harimau bengal itu satu pengakhiran yang menyedihkan.

Sheba sepatutnya ditangkap dan dilepaskan ke kawasan yang sesuai. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu