fb fb fb fb fb

Langganan lebih mahal untuk Twitter tanpa iklan

WASHINGTON, 22 Oktober- Paparan iklan di platform media sosial, Twitter akan dikurangkan buat pengguna termasuk peringkat tanpa iklan.

Pemiliknya, Elon Musk mengumumkan perkara itu ketika rangkaian sosial tersebut menghadapi ketidaktentuan ekonomi yang besar sejak diambil alih olehnya pada Oktober lalu.

"Iklan terlalu kerap di Twitter dan terlalu besar, jadi langkah akan diambil untuk menangani kedua-duanya dalam minggu-minggu akan datang.

Bagi mereka yang memilihnya, akan terdapat langganan dengan harga lebih tinggi yang membolehkan sifar iklan," menurut ciapan Musk, semalam.

(Foto hiasan / Foto AFP)

Perkara itu akan menjadi perubahan radikal dalam model perniagaan Twitter, yang bergantung pada pengiklanan yang disasarkan untuk menjana pendapatan.

Wujuf tanda tanya sejak kebelakangan ini selepas Musk memecat separuh daripada 7,500 tenaga kerja syarikat itu hujung tahun lalu.

Tindakan itu mencetuskan kebimbangan bahawa syarikat berkenaan tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk melaksanakan penyederhanaan kandungan serta pengiklanan yang keterlaluan.

Musk berkata, strateginya adalah untuk mengurangkan kos secara besar-besaran sambil membina hasil dan perkhidmatan langganan baharu yang dipanggil Twitter Blue.- AFP

Media Baharu