fb fb fb fb fb

Protes Peru, Machu Picchu ditutup sementara

LIMA, 22 Januari- Pihak berkuasa Peru menutup Machu Picchu, lokasi pelancongan terkenal ketika protes antikerajaan memuncak.

Pihak berkuasa kebudayaan di Cusco berkata laluan Inca menuju ke tapak arkeologi terkenal dunia itu turut ditutup dengan ratusan pelancong terkandas berhampiran kubu kota Inca.

"Memandangkan situasi sosial semasa yang buruk, lokasi berkenaan diarahkan tutup mulai 21 Januari sehingga diberitahu kelak," katanya menerusi kenyataan.

Protes berlaku sejak bekas presiden, Pedro Castillo digulingkan pada Disember lalu.

Jumaat lalu, puluhan rakyat Peru cedera selepas ketegangan kembali memuncak di ibu kota Lima.

Pihak polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk menghalau penunjuk perasaan yang membaling botol kaca dan batu ke arah mereka.

Lebih 40 orang terbunuh dalam pertempuran tersebut. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu