fb fb fb fb fb

Taufan Danas landa Taiwan, jejas infrastruktur dan bekalan elektrik

Foto REUTERS

TAIWAN, 7 Julai -Daerah Chiayi di Taiwan dilanda Taufan Danas, kira-kira pukul 11.40 pagi, pada Ahad waktu tempatan mengakibatkan kerosakan infrastruktur dan gangguan bekalan elektrik di seluruh pulau.

Taufan itu turut mencetuskan kejadian tanah runtuh di sepanjang lebuh raya, manakala beberapa jalan di Daerah Pingtung, selatan Taiwan, dilaporkan ditenggelami banjir dan terputus hubungan.

Sementara itu, di Bandar Kaohsiung, lebih 30,000 kediaman terjejas akibat gangguan bekalan elektrik yang berlaku pada malam Ahad.

Menurut pihak berkuasa meteorologi China, Danas merupakan taufan keempat tahun ini dan yang pertama mendarat di pulau utama Taiwan pada 2025, membawa hujan lebat dan angin kencang yang menyebabkan kerosakan meluas serta gangguan kepada aktiviti harian penduduk.

Sebanyak 13 bandar dan daerah di Taiwan menangguhkan operasi pekerjaan dan sesi persekolahan pada Isnin.

Manakala perkhidmatan kereta api laju dikurangkan secara ketara sebagai langkah berjaga-jaga. - REUTERS

TETITIA YUSOFF