fb fb fb fb fb

Trump umum tarif tambahan 10% ke atas negara anggota BRICS

Foto AFP

WASHINGTON, 7 Julai -Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan rancangan untuk mengenakan tarif tambahan sebanyak 10 peratus ke atas negara-negara yang menyertai BRICS.

Beliau menerusi platform media sosialnya, Truth Social pada Ahad turut mengkritik keras 11 negara anggota kumpulan BRICS.

"Mana-mana negara yang menyokong dasar anti-Amerika BRICS akan dikenakan tarif tambahan sebanyak 10%. Tiada pengecualian terhadap dasar ini," kata Trump menerusi platform itu.

Langkah berkenaan dilihat sebagai tindak balas Washington terhadap pengaruh ekonomi dan geopolitik BRICS yang semakin berkembang, termasuk usaha kumpulan tersebut untuk mengurangkan dominasi dolar AS dalam urusan perdagangan global. - AFP

TETITIA YUSOFF