KIEV, 7 Julai -Sekurang-kurangnya empat terbunuh dan lebih 30 lagi cedera dalam beberapa serangan udara Rusia ke atas beberapa wilayah di Ukraine, menurut kenyataan pegawai tempatan pada Isnin.
Perkhidmatan Kecemasan Ukraine dalam kenyataan memaklumkan, dua kematian dilaporkan di wilayah Sumy dan satu di Odesa.
Sementara itu, Gabenor Kherson mengesahkan seorang lelaki berusia 35 tahun turut terbunuh dalam serangan berasingan.
"Lebih 30 individu turut dilaporkan cedera di beberapa daerah negara," menurut maklumat yang dikongsi oleh pegawai-pegawai tempatan Ukraine. - AFP