TEHRAN,13 Jun – Enam saintis nuklear Iran terbunuh dalam serangan udara oleh Israel, menurut laporan media tempatan hari ini.
Agensi berita Tasnim melaporkan identiti saintis yang terkorban sebagai Abdulhamid Minouchehr, Ahmadreza Zolfaghari, Seyyed Amirhossein Faqhi, Motablizadeh, Mohammed Mehdi Tehranchi, dan Fereydoun Abbasi.
“Dengan tindakan ini, rejim Zionis menunjukkan bahawa sasaran sebenar mereka adalah sains dan teknologi, dan mereka melancarkan perang terhadap para saintis kami dengan menggunakan alat keganasan,” kata agensi itu.
Terdahulu, serangan turut mengorbankan Ketua Pengawal Revolusi Iran, Hossein Salami, dan Ketua Turus Angkatan Bersenjata, Mohammad Bagheri.
Serangan itu berlaku ketika Israel melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran ke atas Iran pada Jumaat, melibatkan 200 pesawat yang mensasarkan program nuklear dan keupayaan peluru berpandu jarak jauh negara itu.-AFP.