fb fb fb fb fb

Banjir Texas: 27 peserta kem dikhuatiri hilang

Foto AFP

TEXAS, 6 Julai– Seramai 27 peserta perempuan dikhuatiri hilang dari sebuah kem musim panas di Texas susulan kejadian banjir kilat yang melanda kawasan berkenaan, baru-baru ini.

Perkara itu disahkan oleh Pengurus Bandar Kerrville, Dalton Rice, dalam satu sidang media malam tadi.

Menurutnya, jumlah mangsa hilang dijangka terus meningkat.

Setakat ini, pihak berkuasa mengesahkan 43 mangsa terkorban, termasuk 15 kanak-kanak, manakala operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan melibatkan peserta kem, pelancong dan penduduk setempat yang masih belum ditemukan.

Kejadian berlaku secara tiba-tiba pada pagi Jumaat apabila kawasan sekitar Sungai Guadalupe, kira-kira 137 kilometer barat laut San Antonio, dilanda hujan lebat berterusan akibat ribut petir.- REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM