fb fb fb fb fb

Jepun menang Piala Dunia Pastri

(FOTO AFP)

CHASSIEU, 22 Januari- Jepun muncul juara Piala Dunia Pastri buat kali ketiga dengan menewaskan Perancis dan Itali di Sirha.

Jepun menambah koleksi yang diraih pada tahun 1989 dan 2007 melalui pertandingan dua hari berhampiran Lyon menentang 17 pasukan dari seluruh dunia.

Semua peserta terdiri daripada pembuat coklat, pakar gula dan pembuat ais krim yang mahir.

Chef pastri dan pakar coklat Perancis yang terkenal, Pierre Herme mengucapkan tahniah kepada peserta yang menang atas "perhatian terhadap perincian, ketabahan, komitmen" mereka dalam menghasilkan pencuci mulut bertemakan angin dan ringan di sini.

"Tahap persaingan meningkat dengan setiap edisi, seperti yang disaksikan oleh keputusan yang begitu rapat," kata Herme.

Naib juara, Yann Brys dari Perancis bagaimanapun jelas kecewa.

"Ia bukan keputusan yang kami mahukan, menduduki tempat kedua sentiasa sukar tetapi ia adalah persembahan yang baik," katanya.

Kanada memenangi hadiah istimewa mesra alam. Semua peserta perlu menghasilkan pencuci mulut tanpa sebarang pewarna atau aditif bertemakan perubahan iklim. -AFP

(Jepun menang Piala Dunia Pastri/AFP)

 

Media Baharu