fb fb fb fb fb

Sembilan maut tembakan besar-besaran di bandar etnik Asia di California

(Polis membuat rondaan di tempat kejadian di Monterey Park, California/AFP)

MONTEREY PARK, 22 Januari- Sembilan orang maut dalam insiden tembakan besar-besaran di sebuah bandar di selatan California yang kebanyakan penduduknya etnik Asia, kata penguat kuasa undang-undang.

"Kejadian berlaku di Monterey Park, kira-kira 13 kilometer timur pusat bandar Los Angeles Sepasukan penyiasat dari Los Angeles sedang membantu Jabatan Polis Monterey Park melakukan siasatan. Setakat ini sembilan orang disahkan maut," kata satu kenyataan.

Laporan mengatakan tembakan itu berlaku di kelab tarian, sejam selepas acara sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

Penduduk tempatan dikenali sebagai Wong Wei memberitahu Los Angeles Times rakannya berada di kelab tarian itu, dan berada di dalam bilik air apabila tembakan meletus.

Apabila keluar dari tandas, dia melihat seorang lelaki bersenjata dan tiga mayat, dua wanita dan seorang lelaki yang merupakan pemilik kelab. -AFP

(Sembilan maut tembakan besar-besaran di bandar etnik Asia di California/AFP/Twitter Pop crave)

 

 

Media Baharu