MAURITIUS, 20 November – Presiden Perancis, Emmanuel Macron, tiba di Mauritius pada Khamis untuk lawatan rasmi atas jemputan Perdana Menteri Navin Ramgoolam.
Macron berada di Mauritius untuk lawatan singkat selama sehari sebelum meneruskan lawatan diplomatiknya ke Afrika Selatan, di mana beliau akan menghadiri Sidang Kemuncak G20.
Jadual lawatannya merangkumi kunjungan hormat Presiden Dharam Gokhool, pertemuan empat mata dengan Ramgoolam serta menghadiri majlis makan malam rasmi.
Macron juga akan menghadiri acara berkaitan e-sukan dan teknologi baharu di 'Caudan Waterfront' serta merasmikan projek baru kedutaan Perancis.
Lawatan berkenaan menekankan usaha Perancis untuk memperkukuh hubungan dengan Mauritius dan mempromosikan kerjasama dalam bidang teknologi serta diplomasi serantau. -REUTERS