fb fb fb fb fb

Banjir Vietnam: Jumlah kematian meningkat 41 orang

FOTO REUTERS

HANOI, 20 November - Jumlah kematian akibat banjir di Vietnam meningkat kepada sekurang-kurangnya 41 orang.

Menurut Kementerian Alam Sekitar Vietnam pada Khamis, insiden turut menyebabkan sembilan lagi mangsa hilang.

Sebelum ini, hampir 62,000 orang telah dipindahkan dari kediaman mereka di kawasan selatan-tengah Vietnam berikutan hujan lebat yang mencetuskan banjir dan tanah runtuh meluas.

Kejadian itu juga menutup lebuh raya utama dan menyebabkan gangguan bekalan elektrik kepada kira-kira satu juta pengguna. -REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM