fb fb fb fb fb

Wang Yi anggap hubungan China-Filipina kini bermasalah

Menteri Luar China, Wang Yi/FOTO AFP

BEIJING, 21 Disember- Menteri Luar China, Wang Yi memberi amaran kepada rakan sejawatnya dari Filipina, agar mengambil tindakan secara berhati-hati susulan konflik maritim berhubung pertikaian Laut China Selatan.

Wang yang dilaporkan membuat panggilan telefon kepada Menteri Luar Filipina, Enrique Manalo pada Rabu berkata hubungan kedua-dua negara kini berada dalam masalah yang serius sambil menyalahkan Manila yang mengubah polisi berkaitan Laut China Selatan.

"Puncanya ialah Filipina yang mengubah pendirian dasar lamanya, mengingkari komitmennya sendiri, dan mencetuskan masalah di laut, sekali gus menjejaskan hak undang-undang China," katanya.

"Hubungan China-Filipina berada di persimpangan.

"Filipina mesti bertindak dengan berhati-hati", tambah Wang.

China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan dan telah mengabaikan keputusan tribunal antarabangsa yang menolak dakwaan negara berkenaan yang tidak mempunyai asas undang-undang.

China telah mengerahkan bot untuk meronda di laluan yang sibuk dan telah membina pulau buatan yang diduduki tentera bagi mengukuhkan tuntutannya.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD