BEIJING, 21 Disember- Berpuluh-puluh individu masih hilang selepas gempa bumi berukuran 6.2 magnitud melanda barat laut wilayah Gansu pada Isnin.
Bagaimanapun pengguna media sosial menerusi aplikasi Weibo mempersoalkan proses operasi dan menyelamat berikutan gempa itu.
Media China melaporkan kerja mencari dan menyelamat di Gansu tamat pada Selasa kira-kira pukul 3.00 petang waktu tempatan. Ia ditamatkan selepas 15 jam bencana melanda kawasan terpencil dan pergunungan berhampiran sempadan wilayah Gansu dan Qinghai.
Di Gansu, 113 individu ditemukan maut setakat pukul 9.00 pagi pada Rabu. Sementara itu 782 lagi cedera, kata pihak berkuasa.
Dalam pada itu angka kematia di Qinghai meningkat kepada 22 dengan 198 cedera dan 12 hilang. Data itu diperoleh setakat pukul 8.56 malam pada Rabu.
Lebih 207,000 rumah musnah, hampir 15,000 runtuh di Gansu selain menjejaskan lebih 145,000 penduduk di situ.
Perbincangan dalam talian menunjukkan pengguna media sosial ingin tahu berkenaan operasi mencarai dan menyelamat ditamatkan kurang dari sehari. Kebiasaannya ia akan ditamatkan 72 jam selepas bencana.
Media tempatan melaporkan menurut penyelidik, "individu yang terperangkap di bawah runtuhan yang terdedah kepada suhu berpanjangan iaitu -10° Celsius menghadapi risiko hipotermia yang cepat dan mungkin hanya boleh hidup selama lima hingga 10 jam walaupun tidak mengalami kecederaan."
"Mereka pasti sudah mati ketika ditemui, malah 24 jam sudah terlalu lama. Suhu luar adalah di bawah -10° Celsius," komen seorang pengguna di aplikasi Weibo.
Bagaimanapun ada juga pengguna aplikasi itu berpendapat kawasan yang tidak begitu luas menyebabkan operasi mencari dan menyelamat kurang dari sehari.
Pasukan penyelamat pada Rabu menyelamatkan beberapa mangsa gempa bumi, yang menggegarkan daerah Jishishan di Gansu. Ia menyebabkan ramai penduduk di kawasan itu keluar dari rumah ke tempat perlindungan kekal.
Jalan raya, talian elektrik dan air serta kemudahan pengeluaran pertanian mengalami kerosakan, dan gempa itu mengakibatkan tanah runtuh yang melanda kampung di Haidong Qinghai.- REUTERS