fb fb fb fb fb

Wang kertas Raja Charles mula diedarkan di UK

Wang kertas yang memaparkan potret Raja Charles mula diedarkan di Britain hari ini, hampir dua tahun selepas beliau menggantikan mendiang Ratu Elizabeth sebagai ketua negara / Foto Reuters

LONDON, 5 Jun - Wang kertas yang memaparkan potret Raja Charles mula diedarkan di Britain hari ini, hampir dua tahun selepas beliau menggantikan mendiang Ratu Elizabeth sebagai ketua negara.

Imej Charles akan dipaparkan pada wang kertas baru untuk lima, 10, 20 50 paun yang dikeluarkan oleh Bank of England (BoE) sementara wang kertas sedia ada yang memaparkan Elizabeth akan terus diedarkan.

“Pendekatan ini selaras dengan panduan daripada Rumah Diraja, untuk meminimumkan kesan alam sekitar dan kewangan daripada perubahan ini,” kata BoE. "Ini bermakna orang ramai akan mula melihat wang kertas King Charles III yang baharu secara perlahan-lahan."

Elizabeth merupakan raja pertama yang memaparkan wang kertas British, berbeza dengan syiling di England yang telah membawa imej raja dan permaisuri selama lebih 1,000 tahun.

Reka bentuk wang kertas baharu itu telah didedahkan pada Disember 2022, sejurus selepas syiling yang menampilkan Charles memasuki edaran.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN