fb fb fb fb fb

Walid Daqqa meninggal dunia

Foto Hiasan

RAMALLAH, 8 April- Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) berkabung dengan pemergian pejuang kemerdekaan, Walid Daqqa yang meninggal dunia di penjara Israel hari ini.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif PLO, Hussein Al-Sheikh berkata Walid menjadi mangsa jenayah kecuaian perubatan dan dasar kematian perlahan yang disengaja serta diamal pentadbiran penjara Israel terhadap tahanan Palestin.

"Israel tidak menghiraukan semua konvensyen dan perjanjian antarabangsa dan hak asasi manusia mengenai banduan dan hak mereka terutamanya merampas hak mereka untuk menerima rawatan.

"Waliq meninggalkan legasi perjuangan dan pengorbanan yang akan menjadi sumber inspirasi kepada generasi akan datang," katanya kepada pemberita di sini.

Tambahnya, Israel enggan membebaskan Waliq, walaupun keadaan kesihatannya semakin merosot, mengabaikan semua campur tangan, tuntutan dan petisyen yang menggesa beliau dibebaskan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM