fb fb fb fb fb

Ireland tuntut gencatan senjata di Gaza

Foto WAFA

DUBLIN,7 April- Situasi di Gaza adalah satu pelanggaran undang-undang antarabangsa yang secara terang-terangan, kata Menteri Luar Ireland, Micheál Martin.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), Martin menekankan keperluan untuk konflik di Gaza ditamatkan.

Jelas Martin, Ireland menuntut gencatan senjata segera di Gaza dan kemasukan bantuan kemanusiaan yang selamat serta tanpa halangan.

Penduduk Palestin terutamanya di wilayah utara berada di ambang kebuluran berikutan kekurangan makanan, air, ubat-ubatan dan bekalan bahan api yang teruk.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM