fb fb fb fb fb

Bot karam, lebih 90 orang maut di Mozambique

Foto Fail

MAPUTO, 8 April- Lebih 90 orang maut apabila feri sementara dinaiki mereka karam di luar pantai utara Mozambique, kata pihak berkuasa tempatan pada Ahad.

Menurut Setiausaha Negara Nampula, Jaime Neto, ketika kejadian, bot yang dijadikan feri itu membawa kira-kira 130 penumpang, menghadapi masalah ketika cuba tiba di sebuah pulau di luar wilayah Nampula.

Katanya, pasukan penyelamat telah menemukan lima mangsa terselamat.

"Oleh kerana bot itu terlalu sesak dan tidak sesuai untuk membawa penumpang, ia akhirnya karam.

"91 orang telah kehilangan nyawa termasuk kanak-kanak.

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa hilang masih diteruskan sehingga kini," katanya kepada pemberita di sini.

Tambahnya, keadaan laut yang bergelora menyukarkan operasi pencarian yang dijalankan. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM