fb fb fb fb fb

Visa dan Mastercard gantung perkhidmatan untuk Rusia

NEW YORK, 6 Mac- Syarikat pembayaran gergasi Visa dan Mastercard mengumumkan pada Sabtu bahawa ke semua perkhidmatan syarikat itu di Rusia akan digantung.

Ia langkah terbaru oleh firma Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan sekatan antarabangsa dengan membekukan perniagaan dengan Moscow susulan pencerobohan Rusia di Ukraine.

Menurut Mastercard, “mengambil kira situasi konflik semasa yang belum pernah berlaku sebelum ini dan ketidaktentuan persekitaran ekonomi,” syarikat telah “memutuskan untuk menggantung rangkaian perkhidmatan kami di Rusia.”

Bagi perkhidmatan Visa pula, “berkuat kuasa serta merta” mereka akan bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi di Rusia untuk menghentikan semua transaksi Visa dalam beberapa hari akan datang."

(Cawangan Sberbank di Ljubljana Slovenia/AFP)

Syarikat-syarikat besar merangkumi pelbagai jenis industri telah menghentikan perniagaan dengan Rusia sejak pencerobohan dimulakan 10 hari lalu, termasuk ke semua firma teknologi AS seperti Intel dan Airbnb.

Begitu juga dengan gergasi syarikat jenama mewah Perancis seperti LVMH, Hermes and Chanel.

“Rakan sekerja kami, pelanggan dan rakan kongsi kami telah terkesan dengan cara tindakan (Rusia) yang kami tidak boleh bayangkan,” kata Mastercard yang turut menyatakan kad yang dikeluarkan Bank Rusia tidak lagi disokong sistem rangkaian syarikat.

Visa turut memaklumkan kad yang dikeluarkan di Rusia juga tidak boleh digunakan di luar Rusia.

Kedua-dua syarikat itu turut memaklumkan kad yang dikeluarkan di luar Rusia tidak lagi boleh digunakan dalam Rusia.

“Tindakan terpaksa diambil berikutan pencerobohan tanpa provokasi Rusia ke atas Ukraine dan peristiwa yang tidak boleh diterima yang telah kami saksikan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Visa, Al Kelly.

Bank-bank terkemuka Rusia, termasuk bank pemberi pinjaman terbesar, Sberbank dan Bank Pusat Rusia, mempertikai bahawa penggantungan perkhidmatan itu telah menggangu pelanggan mereka. -AFP

Media Baharu