fb fb fb fb fb

Vietnam sambung semula penerbangan Hanoi-Kuala Lumpur, empat kali seminggu

FOTO AFP

HANOI, 14 Februari- Vietnam Airlines secara rasmi menyambung semula penerbangan Hanoi-Kuala Lumpur dengan kekerapan empat kali seminggu.

Ia melibatkan penerbangan hari Isnin, Khamis, Jumaat dan Ahad.

Syarikat penerbangan itu turut melancarkan promosi tiket penerbangan bermula AS$197 dolar untuk perjalanan pergi dan balik termasuk cukai dan yuran.

Tiket ditawarkan mulai hari ini hingga 26 Mac 2023. 

Syarikat penerbangan itu kini mengendalikan 11 penerbangan seminggu membabitkan laluan Ho Chi Minh City dan Kuala Lumpur. 

Penerbangan dari Hanoi ke Kuala Lumpur akan mengukuhkan jalinan penerbangan antara Vietnam dan Malaysia.

Pada 2019 sebelum wabak COVID-19 melanda, Vietnam Airlines memberi perkhidmatan kepada lebih 220,000 penumpang antara Vietnam dan Malaysia.

Vietnam Airlines telah menyambung semula kebanyakan laluan antarabangsanya, dengan lebih 600 penerbangan setiap minggu.


(FOTO AFP)

Media Baharu