fb fb fb fb fb

Amerika Syarikat arah rakyatnya keluar dari Rusia

FOTO AFP

MOSCOW, 14 Februari- Amerika Syarikat beri amaran kepada rakyatnya supaya segera meninggalkan Rusia susulan peperangan di Ukraine dan risiko ditangkap atau diganggu oleh pihak berkuasa Kremlin.

Kedutaan Amerika di Moscow mengeluarkan arahan tersebut kepada rakyatnya yang tinggal atau melakukan perjalanan di Rusia dan menasihati mereka agar berwaspada.

Ia juga menggesa rakyatnya agar tidak melakukan perjalanan ke Rusia.

Menurut kedutaan Amerika, Kremlin telah menahan rakyatnya atas tuduhan palsu, menafikan mereka daripada layanan yang adil dan telus dan mensabitkan mereka dalam perbicaraan rahsia.

Kremlin menyatakan ia bukan kali pertama warga Amerika diarah meninggalkan Rusia.

Kali terakhir amaran sedemikian dibuat adalah pada September selepas Presiden, Vladimir Putin mengarahkan pengerahan separa askar.-REUTERS


(FOTO AFP)

Media Baharu