fb fb fb fb fb

Krisis Rusia-Ukraine, paksa 9.66 juta rakyat Ukraine berhijrah ke Poland

FOTO REUTERS

WARSAW, 14 Februari- Kira-kira 9.66 juta rakyat Ukraine menyeberangi sempadan ke negara jiran, Poland sejak perang bermula pada Februari tahun lalu.

Menurut Pengawal Sempadan Poland, daripada jumlah itu, 7.8 juta telah kembali ke Ukraine.

Jumlah warga Ukraine yang masih tinggal di Poland adalah sekitar 1.85 juta.

Jumlah itu menurun berbanding tahun lepas, apabila kemasukan sekitar 140,000 orang setiap hari pada satu ketika

Rakyat Ukraine kini menjadi pekerja warga asing paling ramai yang bekerja di Poland.

Data menunjukkan lebih 1 juta warga asing bekerja secara sah di Poland setakat Disember meningkat sebanyak 191,700 berbanding Januari lalu.

Menurut laporan Institut Ekonomi Poland, hampir 14,000 firma Ukraine telah ditubuhkan di Poland dari Januari hingga September 2022.

Poland membelanjakan AS$8.98 bilion dolar untuk perumahan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan lain bagi rakyat Ukraine pada 2022, jumlah tertinggi dalam kalangan negara anggota.- AFP


(Foto UNHCR)

Media Baharu